Pages

Wednesday 24 August 2011

keja...keja..keja...

pengalaman pertama kerja..huhu..aku masuk 3 ogos 2011...bermula lah fasa baru dalam hidupku..huhu..dh nk msuk sebulan keja..so far ok la..tmpt baru..kawan baru..semua baru...tapi aku tak tenang sebab study aku...huhu..t aku sambung lagi da kja nak buat...

Tuesday 19 July 2011

Luahan Hati Yang Tidak Pernah Terungkai....

Bila Hati berdetik...Jemari Bersuara...
Biarpun kau bukan kekasih hatiku..namun kisah antara kita segar di hatiku..Saat kau menjadi teman baikku,saat kau mendengar rintihanku,saat kau meluangkan masa untukku,saat kita sama2 belajar dulu dan saat kita berdiam diri hingga kau meninggalkan ku tidak dapat ku lupakan...Kini bilaku terkenangkanmu hanya doa sahaja yang mampu ku kirimkan untuk kau di sana..Maafkanku kawan..Sehingga akhir hayatmu aku tidak dapat memenuhi hajatmu..hingga kau pergi tanpa sempatku melafazkan maaf..Kawan..kau sangat disenangi semua orang..Sifatmu yang mesra membuatkan kau ramai teman termasuklah aku..Namun tidak kusangka kita boleh menjadi rapat..Saat itu kau yang ada disisiku,saatku kecewa,saatku dihancurkan oleh insan yang bernama lelaki..Yang pasti tidak pernah terdetik dihatiku untuk jatuh cinta padamu dan kau pun begitu..Sungguh suci persahabatan kita kerana ia terbina tanpa kita mengkhianatinya..Syukur aku dipertemukan dengan mu untuk menjadi teman baikku walaupun kau bukan muhrimku..Saat itu apa saja masalah kau ataupun aku pasti kita meluahnya..Masih segar diingatanku saat kita mengulangkaji bersama..Ketika itu kau sering ketinngalan dalam pelajaran kerana sering ponteng kelas..Walau apapun pandangan teman terhadap kau..Aku masih lagi mampu disisi kau untuk menasihati dan juga menjadi teman untuk kau belajar..Setiap kali ada ujin dan test pasti kau mengajak aku untuk mengulangkaji..Walaupun penat belajar di siang hari,namun pada suatu ketika kau begitu baik padaku,selalu bertanyakan khabar ku dan juga tidak henti mengambil tahu hal aku..hairan juga ku rasa,selalunya kau tidak begitu,namun tidak ku sangsi akan perubahanmu itu,bagiku mungkin kau bertanya untuk mengambil berat sebagai seorang teman.Namun tidak aku sangka jangkaan aku meleset sama sekali bila kau memintaku menjadi teman rapatmu,ku tahu kau telah pun mempunyai teman wanitawalaupun jauh disisi mu..Kau hanya pintaku menjadi seperti teman wanita mu untuk menjaga mu di sini.Kau juga pernah memeberitahuku bahawa aku takkan jatuh hati padamu,itu pasti kerana aku pernah memberitahumu untuk mempunyai teman hidup tua dariku..Namun permintaanmu telah ku salah ertikan..Aku takut aku akan merosakkan persahabatan kita dengan menaruh harapan padamu..Sejak dari itu aku makin jauh darimu,mesej mu tidak ku balas lagi..Hingga akhirnya kisah kita terkubur begitu sahaja..Kita masih lagi berkawan tapi tidak seakrab dulu..Namun ku pasrah..Sejak dari itu susah bagiku untuk mempunyai teman baik yang bukan muhrim bagi ku..sejak itu ku rasakan takkan ada teruna dan dara menjadi rapat untuk sebuah tali persahabatan..pasti ada satu perasaan yang terdetik sama ada salah seorang ataupun keduanya..Buat kali keduanya kita berkawan dan aku pun telah melupakan hal itu..Namun kita sudah tidak serapat dahulu..Maafkan ku Kawan..Aku tidak dapat menunaikan permintaan mu yang satu itu sebelum kau pergi meninggalkan ku untuk selamanya..Kita berdua telah berbeza dunia..Kau telah pun sampai ke destinasi terakhir kita sebagai manusia..Untuk kedua kalinya aku juga tidak menunaikan permintaanmu..kali ini..Kita masih mampu untuk sama2 belajar dan juga berkongsi masalah seakan-akan tiada yang berlaku antara kita..dan masih ada lagi yang tidak ku lupa sampai bila2..Ketika itu kau dan aku telah ditakdirkan satu kumpulan bersama2 teman yang lain untuk kita jalankan satu projek semester itu..Tanpa di duga kita menjadi rapat kembali dan sering berbual dan berjenaka bersama rakan yang lain.Suatu petang kita bersama beberapa rakan yang lain duduk berbual sambil berjenaka..sempat lagi kau mengusik ku saat terdengar lagu ST12 ketika itu..kau katakan aku persan cantik saat memutarkan lagu itu..masihku ingat lirik lagu itu..''Kau gadisku yang cantik...''saat itulah kau mengusik ku dan kau katakan kau cukup minat kumpulan itu dan tujukan sebuah lagu untukku..''Jangan Pernah Berubah''..terkejut juga aku ketika itu..dan kau katakan dengarlah chorus lagu itu..untuk aku..tanpa aku sedari itulah pemberian kau yang terakhir untukku,..Saat itu aku langsung tidak perasan bahawa perubahan kau di saat-saat 40 hari sebelum kau pergi meningglkan ku..Banyak sangat kenangan kau dan aku..dan kita sering di takdir untuk satu kumpulan dari semester 1..Masih segar diingatan ku..Saat ku kecewa dahuu..kita sama-sama menjalani latihan praktikal dan hampir setiap hari aku meminjam handphone mu hingga kadang-kadang sehingga habis bateriuntuk mendengar lagu Sixth Sense..''Tak Bisa Memilihmu''..Kata kau lagu itu sesuai untuk aku ketika itu yang telah putus cinta..dan sejak itu lagu itu menjadi salah satu lagu kegemaranku..sangat menyentuh hati..Walaupun kau tidak banyak mengetahui kisah hidupku..tapi kau seakan -akan memahami ku..Memang benar kita hanya teman biasa tetapi ada yang salah erti kerana selalu ternampak kita berdua,saat kita keluar makan..belajar..saat-saat terakhir keakraban kita..suatu hari kau pinta ku untuk mengikutmu ke satu tempat di mana kau katakan kau telah ceburi satu perniagaan..masih segar lagi ingatan ku saat itu,kau mengajakku minum bersama seorang lagi teman kita..Sungguh2 kau mengajak kami untuk turut serta bersama kau..Apakan dayaku..saat itu aku sangat sibuk kerana terdapat satu program yang terpaksa aku laksanakan hujung minggu itu..Untuk kedua kalinya aku tidak dapat memenuhi permintaanmu kawan..Maafkan ku..Tanpa ku duga itu merupakan permintaan terakhirmu..sebak bila ak fikirkan saat aku terpaksa menolak permintaanmu itu..Tanpa ku sedari kau mula dingin padaku dan sejak itu kita tidak lagi bertegur sapa..saat itu tidak timbul di benak fikiran ku sesuatu yang buruk akan berlaku..Tapi ibuku seakan dapat merasakan hal itu..Ibuku menelefon ku aku tidak dibenarkan keluar jauh dan menaiki motosikal yang ku bawa di kampus..Sejak itu apa yang ku lakukan pasti aku khabarkan padanya supaya ibuku tidak susah hati..Sebagai seorang pasti kita tidak tahu apa yang akan terjadi dan apa yang telah di takdirkan untuk kita..Masihku ingat beberapa hari sebelum kau pergi buat selama-lamanya..pagi itu kau ada di tempat projek kumpulan kita dan kau katakan kepada seorang teman kita kau hendak tengok untuk kali terakhir projek itu dan berlalu beberapa minit selepas itu tanpa kita bertegur sapa..Hanya kelibat kau dari jauh saja ku lihat..Dan pada malam itu kita ada kelas tambahan bersama pensyarah..Tanpa sedar kau duduk di belakangku tanpa sedikit pun ku toleh bertegurmu..Sedih sangat bila ku memikirkan ketika itu..mengapa aku terlalu ego tidak mahu menegurmu..Saat sekali ku toleh kau pun tidak berkata apa-apa dan kita saling berpandangan sahaja..Tanpa ku sedar itulah kali terakhir ku melihatmu kawan..Sayu ku rasakan bila kita saling tidak bertegur di saat-saat masamu untuk pergi selamanya..Rupanya ada takdir yang tidak kita duga..Saat aku menolak permintaanmu untuk pergi bersama kau ke tempat itu kau telah mengajak teman-teman kita yang lain dan kbanyakan nya juga tidak dapat pergi bersama kau..Dan akhirnya kau pergi jua dengan beberapa teman yang lain..Aku di kejutkan dengan kemalangan yang berlaku pada pagi itu,,Masih segar diingatanku ketika itu jam menunjukkan pukl 7.15 pagi..Namun aku tidak menangka kau terlibat dengan kemalangan itu..Hampir semua teman yang pergi bersama kau ku hubungi namun tidak berhasil..Rupa-rupanya kau telah pun pergi untuk selama-lamanya..Aku Bersama2 teman yang lain bergegas ke hospital untuk Menatap wajahmu buat kali terakhir..Untuk pertama kali aku masuk di bilik mayat dan kau menjadi orang pertama yang ku tatap..sekujur badan dan hanya jasadmu yang dapatku tatap untuk terakhir kalinya..Kawanku telah pergi selamanya..menitis airmataku tanpa ku duga..Semoga kau bahagia disana kawanku..moga kau aman di sana..moga kau ditempatkan bersama2 orng-orang yang berimn..Saat ini hanya doa yang dapatku hadiahkan untukmu..dan tanpa ku sedar 22 Februari 2011 lalu merupakan tahun kedua kau meninggalkan ku..Maafkan segala doasa2 ku padamu kawan..AL - FATIHAH..


Monday 18 July 2011

Cer C!ta Lawak..

jom ketawa sekejap..hehe..baca dulu baru tau lawak ke tak..hehe...citer lawak ni dalam REMAJA tau..masa time baca tu tergelak jugakla..nama pn lawak..haha...try baca tgk..agk2 lawak x??peace...

AL-KISAH 1 : Suami telampau


Sepasang suami isteri sedang dalam kereta,menyusuri jalan dalam kota dan saling mendiamkan diri kerana bbebrapa minit lalu mereka baru sahaja bergaduh.
Beberapa minit kemudian,mereka melewati sebuah kawasan sawah di mana banyak terdapat lembu dan kerbau yang sedang meragut rumput. Si suami menunjuk ke arah kawasan lembu dan kerbau itu sambil berkata sinis kepada si isteri,


Suami : Itu adik-beradik kamu ya?
Isteri : Ya, adik beradik ipar!




AL-KISAH II : Cincin Berlian


Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah hari jadinya.Walaupun begitu suaminya tetap membeli kan cincin berlian yang luar biasa harga dan indahnya.Kwan-kawan suaminya hairan dengan pilihan tersebut.
Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya," Mengapa kamu membelikan isteri kamu cincin berlian dan bukan kereta?"
lelaki tersebut tersenyum sambil berkata ," susah mencari kereta palsu".




AL KISAH III : Bergetar

Di dalam sebuah bilik darjah, semua pelajar tidak dibenarkan untuk bercakap. Tetapi ada seorang budak yang bernama Senul bergegar-gegar sehingga mengganggu pengajaran yang disampaikan cikgu.

Cikgu : Senul, kenapa awak bergegar-gegar?awak tak sihat ka?
Senul  : Maaf cikgu.Saya terpilih tetapan 'vibrate'.Saya tukar kepada 'silent' ya.




AL KISAH IV : Gula-Gula Getah


Ali duduk berhadapan dengan seorang makcik dalam komuter.Ali tengah syok mengunyah gula-gula getah sambil berangan mengenai kekasihnya.
Dengan secara tiba-tiba makcik tersebut bersuara,'Tak guna kamu bercakap dengan makcik, nak.Makcik pekak!'.





Sunday 17 July 2011

Sesuci Kasih Seorang Isteri

Bila hati Berdetik...Jemari Bersuara...Lepas menjadi follower setia  NORA ELENA..teringin lak nak baca novel yg diadaptasi drama tontonan pilihan ramai 2..huhu..tapi dh g cari merata tempat tapi still tak da gak..agak2 nya laris macam goreng pisang panas kot erk..hehe..Akhirnya ngdu la kat 'teman' kita ni kn..hehe..dia pn tolong lah cari kan...tapi nk tahu apa yg jd???last2 KASIH YANG SUCI bertukar kulit menjadi SESUCI KASIH SEORANG ISTERI..haha..jadi la kn..da gk bunyi2 nk sama..tau tak kenapa tajuk tu bertukar??sebenarnya 'teman' tu tersilap beli..ingatkan itulah tajuk nya..haha..tak pela..dah orang bagi..kita amik jala kan..yg penting...Thanks Dear..hehe..mula2 baca cerita tu agak klise ckit..tetapi bila makin mengupas2 cita tu...rupa2nya bez jgak..mmang tak rugi baca..cayalah..sampai tangkap lentok lah..tiba2 air mata ni pun bleh mengalir...mcm2 perasaan timbul..benci..marah..geram..arghhh..mmg meruntun jiwa lah...kalau tak percaya bacalah..hehe...ni la first saya baca novel sampai abis...tidak tnggu member abis baca n then juz pasang telinga ja..hahaa..malasnya kan??haha..yg penting kita happy..yeaaahhh..
Jom kita tgk cikit SINOPSIS Novel ni...

Isha...walau apa pun yang terjadi,cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya.

Sofea...hadirmu bukan pintaku. Tetapi, mengapa kau sanggup memburu cintaku walaupun kita tidak pernah saling mengenali? Siapa aku sebenarnya padamu?

SESUCI KASIH SEORANG ISTERI...luahan hati dari kaca mata seorang suami yang berhadapan dengan dugaan hidup di alam rumah tangga.Luahan hati yang bisa menyentuh perasaan anda.

Camna okey tak???huhu...jom tengok COVER nya lak...




Miss Is Rindu..;-)

Bila hati terdetik..Jemari Bersuara....malam ni terasa jemariku rakus untuk menaip..hehe..mklumlah tak da kerja nk buat..so meng'aktifkan jemari ni kejap..hehe..tp dh beli REMAJA baru edisi 15 Julai 2011..wahh  dh 28 thun usia REMAJA...dh hmpir 5 thun sya opses dgn majalah ni..klu nak tahu bnyak info untk kita sbgai REMAJA tau..bak kata tak rugi habiskan RM10 sbln kita untk mmbeli majalah ni...Cover kali ni adalah Kamal Adli n Yana Samsudin..nmpak sempoi gk..hehe...Meh nk promote jp..hehe


hehe..tema PINK

sempoi kan...('',)
So...mood kali ni adalah pink...saya dh ada...anda??hehe...bnyak gk info yg menarik kali ni...mcm iklan Astro..mcm2 ada...hehe...

Friday 8 July 2011

Cuti - Cuti

Cuti sem ni time utk honeymoon yg pnjang..hehe..rsa cm bbas lk..assgment xda,xstress,..huhu..tp msuk nti siap la..mst brtimbun2 nya..tme ni la nk epy ckt..spa2 yg amik dgree bez kn cti..haha..dok umah xfkr dh sal study..hehe..blan prtama mmg buang msa gla..bln kedua ada jgk la faedah..bljaq wt kek,roti..cr pnglman kja..hehe..ni dh msk bln ketiga cr ilmu lk..utk asah skil la ktakan..huhu..anyway time cuti memang masa yg dtgu2 klu brgelar student ni..cti ni jgk la ak br start create blog..;-)..bez jgk kn..blh buat diary jgk rsa..sllu tulis kt buku ja..kna ikt edaran msa gk..cewahh..ok utk blog ni lh la kongsi pnglman ke,ilmu ke,skill ke..trbaru ak belajar style tdung..hehe..td sogan eden nk pblish..(mlu la plak erk..hehe)..tme g klas bsa2 ja pkai tme klr bru la lbh ckt kn?..hehe..ok t nk update g..nk mnuntut ilmu dlu..hehe